Friday, December 3, 2010

cendawan tumbuh lepas hujan

Haha. Haktui. hee..=)
salam semua dan sejahtera.

kebelakangan ini aku jarang menjengah masuk mana - mana laman sesawang dari facebook, myspace, mahupun Blog.
Sibuk bercuti. Bukan buat apa pun. Makan kacang sambil menonton skrin leper di rumah.
haha. Tambahan kaki aku pun bengkak akibat terpele'ot ( bahasa budak budak) gara - gara papan selaju.
haha. 
jatuh terkelepet memang azab bila kau terbang macam ini.

Dah macam kaki denosor. tapi sebelah sahaja lah. kalau dua - dua mati aku. Nak berak susah lah.
Hari - hari main gitar, walaupun bosan sebab tak pandai, tapi aku paksa jugak. nak jadi hebat.
Syeton open the gate! kata kawan aku. Bersemangat la.

==============

4 Disember 10, aku mula buka web untuk melihat - lihat,
mana tahu ada anak dara yang boleh aku ngurat. haha
suka lah. 
Aku terbaca 2-3 post dari link (apa apa lah) dan semua sudah demam Blog!
Haha..kawan - kawan, sahabat semua duduk sibuk menghasilkan penulisan yang menarik untuk dibaca.
Macam cendawan tumbuh lepas hujan.
Seronok membaca.
Tapi tak seronok juga. Aku kena fikir satu penulisan gila lagi!

Tunggu Lah. bila otak aku ligat. Aku tulis la.

Aku mahu pergi makan Seni. nanti keluar semua isi.

******************************

Saturday, November 27, 2010

berkawan ikut peredaran

3 prinsip asas untuk kau melakukan sesuatu yang diluar jangkaan otak.
Berani
Yakin
Ikhlas
Biar aku terangkan. Otak akan mencari suatu had yang akan difikirkan merupakan had tertinggi dan tidak mungkin akan melepasinya. Dan hati mula mencerna pelbagai perasaan dan dimuntahkan kepada otak untuk diterjemahkan.
Takut.
Risau
Tak yakin
Perkara biasa. Nah, itu yang menjadikan kau sebagai ORANG BIASA.
Sama seperti orang kebanyakan di luar sana.
Kau tak mahu jadi orang hebat?
Orang hebat tak semestinya mewah,kaya,berpangkat dsb.
Sekurang- kurangnya ada satu benda yang kau buat dalam hidup kau yang boleh buat kau bangga dengan diri sendiri.
Paling penting kau kenal diri kau sendiri.
Kau kenal diri sendiri? Aku sendiri tak kenal siapa aku sebenarnya.
Aku cukup tak suka orang menghakimi aku secara mendadak. Siapa kau yang tahu aku siapa? Kau betul kenal aku?Aku sendiri tak boleh menghakimi diri sendiri.
Ambil masa dan kenal diri sendiri.
Sampai kau sedar dan tahu apa kehendak dan tujuan sebenar kau dalam hidup.
Tak perlu tunggu kawan, Ini hak kau. Dunia kau. Adrenalin kau. belajar untuk mengawalnya.
Siapa pun tak akan ubah nasib kita melainkan kita sendiri mengubahnya.
Kawan?
Cma sekadar persinggahan dalam hidup. Jangan kau terlalu bergantung harap padanya.
Kerna jalan kau dan dia berbeza.
Dan kawan ada dua.
Kawan kawan
Dan kawan mengawan
Kawan mengawan cuma kawan dengan kau bila dia bosan,hilang punca, kena tinggal dll.
Pergi mati la kawan macam ini. mereka ada kepentingan mereka sendiri.
Oh ya..aku sengaja mencampurkan semua sebab semuanya berkait dan tak akan lari.=)
Terima kasih membaca.
Apa pendapat boleh dikongsi bersama.

Tuesday, November 23, 2010

Mati Kematu

Otak beku,
Apa pun xtahu.
Mana nak cerita dulu,
Mula susun satu- satu.
----*_*-----
Tunggu nanti Episod Baru.
Aku tengah berperang di U!!
Harap sabar menuggu.
Saya pasti buat yang terbaik untuk mu.
Doakan kejayaan anak mu
Semoga yang dilakukan ada restu
Keluarga,
Kawan - kawan,
Lawan - Lawan,
<Musim Panas Bulan Sembilan>

Thursday, November 18, 2010

pilihan

baik=kena pijak,
jahat=kena laknat

mana kau nak jadi?
selama aku hidup sekeliling aku penuh orang yang bermacam fi'il.
bila terlampau baik, kepala kena pijak, kena buli, kena tipu. kesian aku tengok manusia baik yang dibalas dengan macamtu..semoga tuhan membalas kebaikan mereka yang baik. manusia memang suka mengambil kesempatan. gampang.

yang jahat pula, macam hilang pedoman . kaki pukul, kaki lantun, kaki kencing, kaki tibai anak dara..
memang tak ada masa nak jaga hati orang lain.haha. budus..geram pulak tengok jadah macamni.

aku sendiri tak pasti,aku tahap yang mana..kau?kau?kau?
kat mana kita sekarang.?
--------------------------------------